Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.
Tujuan  rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan  selamat digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang  atau minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air  berkualiti kepada alam sekitar.
Dalam  menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa  tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang,  industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam  sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami, membina dan  menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk  memastikan kejayaannya. 











Tiada ulasan:
Catat Ulasan