Kita sedia maklum bahawa pemanasan global semakin membimbangkan dan faktor ini juga menyebabkan paras air laut semakin meningkat. Berkemungkinan beberapa bandar di negara ini yang terletak d kawasan rendah dan berhampiran pantai akan tenggelam dalam masa 9 tahun lagi. Antara 7 kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi pada tahun 2020 ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
- Kajian yang dilakukan Jawatankuasa Saintifik ke atas Penyelidikan Antartika (SCAR) mendapati paras air laut akan meningkat sehingga 1.4 meter di seluruh dunia menjelang 2100 akibat ais mencair yang juga penyumbang perubahan cuaca di benua berkenaan.
- Peningkatan cuaca di Semenanjung Antartik melebihi 3 Celcius sejak 50 tahun lalu, dilihat penyumbang meningkatnya paras air di hemisfera selatan. Begitu jugapelepasan gas rumah hijau ke atmosfera yang berganda menyebabkan kehangatan dunia antara 3 hingga 4 celsius.
- Ia bersandarkan jika setiap kali Gunung Glaster atau ais mencair, paras laut meningkat sehingga 0.5 meter.
- Bungkahan ais yang mengandungi billion tan air beku (yang terbesar Bungkahan Ais Antartik Timur) jika cair keseluruhannya, paras laut meningkat sehingga 64 meter.
- Pengembangan arus udara panas di permukaan laut turut menjadi faktor menyubang peningkatan paras air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan