Air  merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari  semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan  kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan  air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga  didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin  memudaratkan kehidupan manusia.Punca  utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan  domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang  sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam  parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik  mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di  dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat  kehidupan akuatik.
Kilang-kilang  juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan  kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan  disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila  cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan  mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang  membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan  sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian  juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan  hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang  disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi  bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,  penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak  mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah  permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan  haiwan-haiwan akuatik.
Selain  itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam  mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan  tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi  minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila  minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan  air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti  tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber  protein manusia.
Bahan-bahan  buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga  menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang  terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi  sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut.  Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai  yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga  menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesimpulannya,  pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama  semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa  persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah  perundangan penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui  pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan