Khamis, 2 Jun 2011

Pencemaran Air


Air

Hampir semua aktiviti yang di lakukan memerlukan air.Dalam erti kata lain,air merupakan keperluan asas yang amat penting .Pada suatu masa dahulu punca-punca air bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik.Selain diperolehi dari dua punca utama ini,air

juga boleh diperolehi dari air mata air atau lebih dikenali sebagai air bumi.Tapi malang sekali punca air bersih pada masa sekarang amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran.Bila pencemaran air berlaku maka sukarlah untuk kita menggunakan air secara terus seperti suatu masa dahulu,sebaliknya air kini perlu dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Air yang telah tercemar ini akan berubah sifatnya dari segi fizikal,kimia danbiologinya .Air tidak menjadi jernih lagi seperti asal akibat hadirnya bahan-bahan koloid

tidak tulen seperti besi dan mangan dan juga kehadiran bahan-bahan organik yang terhasil akibat dari pereputan tumbuh-tumbuhan .Air yang tecemar ini sangat berbahaya bukan hanya kepada manusia tetapi juga terhadap ekosistem ,Air yang telah dicemari ini sekiranya hendak digunakan,perlulah dirawat terlebih dahulu.Bagi memastikan air ini selamat untuk digunakan.

Punca-punca pencemaran air
Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri.Salah satu aktiviti manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumpahan secara tidak bermoral ke dalam sungai-sungai dan tasik yang tidak terkawal.Sampah sarap yang di maksudkan adalah dari pembuangan sisi dari kawasan perbandaran dan juga kewasan kediamam, perindustrian dan juga pertanian.Pencemaran yang di sebabkan oleh perindustrian biasanya dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat,minyak dan kemungkinan juga bahan radioaktif .Ini termasuk sisa-sisa dari sektor penternakan Bahan-bahan seperti pestisida
dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang tercemar berpunca sektor pertanian. Akibat dari penggunaan baja yang berlebihan.
Permusnahan terhadap alam sekitar yang serius contohnya penebangan pokok-pokok di hutan bagi tujuan komersial.Ini bagi membuka penempatan baru untuk kediaman manusia,atau bagi mendirikan kilang-kilang. Akibatnya air akan tercemar akibat dari
perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis yang di buang oleh kawasan kediaman manusia. Ini akan mendatangkan kesan termal dan juga sudah pasti akan mengakibatkan kandungan oksigen di dalam air sungai ,tasik dan laut berkurangan dan seterusnya menjejaskan ekosistem .
Hujan asid juga boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran air.Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida ,Ini boleh menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik,Hujan asid ini sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara , Pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta , asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara.Selain dari beberapa punca yang disebabkan oleh manusia,alam semulajadi juga boleh menyebabkan pencemaran air,Contohnya akibat letusan gunung berapi ,badai atau ribut taufan dan gempa bumi.Bila ini berlaku maka secara tidak langsung kualiti air pada sungai, air dan tasik terjejas.

Penyelesaian
Masalah pencemaran air ,sekiranya tidak di tangani ,ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia ,malah kepada bumi kita sendiri.Sebenarnya pencemaran ini bolehlah kita katakan bermula dari rumah kita sendiri.Contohnya penggunaan serbuk pencuci yang berlebihan semasa mencuci pakaian samaada menggunakan mesin pencuci ataupun menggunakan tangan.Pembuangan sisa-sisa makanan yang basah atau sisa-sisa organik terutamanya ke dalam longkang secara terbuka .Sebenarnya kelakuan sebegini boleh di elakkan sekiranyanya kita tahu menghargai alam semulajadi.Sisa-sisa basah atau sisa-sisa organik ini, boleh kita lupuskan secara mesra alam. Begitu juga dengan botol-botol plastik dan botol-botol kaca. Kerajaan telah lama memperkenalkan kempen kitar semula namun sehingga kini kelihatanya masalah ini masih belum berjaya ditangani dengan berkesan.Berbalik kepada sisa-sisa organik ini sekiranya hanya di buang di dalam longkang sudah pasti air longkang akan menjadi kotor dan tercemar oleh bakteria yang boleh membahayakan dan boleh mengancam kesihatan manusia itu sendiri.Ini adalah kerana sisa-sisa makanan ini mengundang lalat-lalat dan pada persekitaran yang sesuai bakteria boleh membiak.Pembiakan bakteria inilah yang akan memburukkan lagi pencemaran air .Aliran air longkang biasanya akan terus mengalir ke sungai-sungai berdekatan. Satu cara yang mungkin agak praktikal dilakukan pada pendapat saya ialah dengan menanam sisa-sisa makanan ini di tapak yang sesuai.Kawasan yang dianggap sesuai mestilah letaknya agak jauh dari sungai-sungai atau terletak jauh dari mana-mana punca
air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran air.Tapak penanaman sisa-sisa makanan ini perlu di gali setelah beberapa bulan sampah-sampah di tanam dan kemudian di timbus semula.Dalam tempoh beberapa bulan hasil dari tindakan bakteria di dalam tanah akan mereputkan sisi-sisa organik ini,maka tanah di kawasan tersebut menjadi gembur membentuk tapak tanah gambut yang subur. Dengan ini tapak penanaman sisa-sisa makanan ini boleh di majukan menjadi satu kawasan pertanian yang mungkin boleh di lakukan secara komersial bagi tapak penanaman sisa-sisa makanan yang luas. Sebaliknya pula, sekiranya sisa-sisa makanan ini ditanam di belakang rumah kediaman,maka tapak ini boleh digunakan untuk bercucuk taman.Secara tidak langsung ,kita dapat menjimatkan kos pembelian baja-baja kimia, yang sudah semesti nya baja-baja kimia ini tidak begitu baik untuk kesihatan manusia.Penggunaan baja-baja kimia ini juga boleh menyebabkan pencemaran air.Bila sisa-sisa makanan basah ini atau organik ini di kitar semua secara semulajadi maka sudah tentu sekali pencemaran air sedikit sebanyak boleh di kurangkan ,Setidak-tidaknya ada usaha bagi menyelesaikan masalah ini.Selain ini ,ia sudah pasti menjimatkan kos bagi sektor pertanian,dan seterusnya mendatangkan pulangan hasil yang agak lumayan kepada pekebun-pekebun yang terlibat dalam sektor pertanian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...