Jumaat, 27 Mei 2011

Kebersihan Air

Air yang digunakan dalam pembekalan air daripada pelbagai punca seperti sungai, terusan, tasik, pembuangan dan sebagainya. Oleh itu terdapat bahan pencemar yang terkandung di dalam air yang digunakan setiap hari. Antara bahan-bahan pencemar tersebut ialah:
  1. Bahan-bahan humus
  2. Najis haiwan
  3. Bahan buangan
  4. Sampah-sarap
  5. Tindakan manusia



Bahan-bahan humus adalah bahan yang diperolehi daripada proses pengaliran air sungai. Humus terbentuk daripada dedaun, ranting atau rumput-rampai yang terdapat di kawasan hulu dan mengalir ke hilir.
  Bahan humus akan terapung di muara dan membentuk kelodak. Air yang mengandungi humus mempunyai kualiti air yang tidak sihat kerana terdapat bahan yang terapung. Air ini tidak sesuai digunakan kerana tidak mencapai tahap kebersihan. Oleh itu, penyulingan adalah perlu.

Air yang tidak bersih..



Kebanyakan penternak mengambil jalan mudah untuk membuang najis haiwan yang tidak diperlukan. Mereka menggunakan sungai, terusan untuk membuang najis-najis haiwan ternakan.
  Pencemaran sungai disebabkan najis sering berlaku di negara ini. Najis akan bercampur dan memburukkan lagi kualiti air tersebut. Oleh itu, air yang bercampur najis memerlukan proses penjernihan yang sukar.



Kebanyakan bahan-bahan buangan yang tidak diperlukan tidak mempunyai kawasan yang khusus. Bahan-bahan ini akan dibuang di merata-rata tempat. Sungai, tasik atau laut merupakan sasaran utama.
  Pembuangan sisa-sisa dari sektor industri atau perumahan kerap berlaku. Sisa-sisa seperti toksid, bahan kimia dan sebagainya dibuang ke dalam sungai dengan mudah tanpa mengira kesan yang akan dihadapi kelak. Sisa-sisa buangan tersebut bukan sahaja boleh membunuh hidupan di air tetapi boleh mengubah kualiti air.
  Kebanyakan pengusaha kilang mengambil inisiatif membuang sampah untuk mengurangkan kos pelupusan atau tapak pembuangan sampah. Oleh itu, tidak terdapat peruntukan yang diberikan untuk membersihkan sisa-sisa buangan yang tidak diperlukan. Air yang bercampur dengan sisa-sisa kimia sukar untuk dibersihkan dan mengancam nyawa peminumnya. Air ini memerlukan teknologi penyulingan air yang tinggi untuk menjadi bersih.


Sisa Toksid yang membahayakan kesihatan








Kebanyakan masyarakat yang mendiami kawasan berhampiran sungai menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Samapah-sampah domestik seperti sisa makanan, plastik, tin-tin kosong atau kotak-kotak yang tidak terpakai dibuang di sungai secara berleluasa.
  Antara faktor yang menyebabkan pembuangan berlaku ialah ketiadaan tempat pelupusan sampah yang sistematik. Oleh itu, adalah mudah samapah dibuang di sungai dan seterusnya mengubah kualiti sungai tersebut.


Pencemaran air yang berlaku akibat manusia yang tidak bertanggungjawab




Penebangan hutan boleh dijadikan faktor yang boleh mencemarkan keadaan sungai. Hutan yang ditebang menyebabkan tanah mudah runtuh kerana ketiadaan litup bumi.
  Tanah yang runtuh di bawa air hujan ke dalam sungai dengan mudah. Runtuhan tanah dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan hakisan berlaku. Terdapat juga tanah yang bercampur air dan menghasilkan kelodak.
  Air yang bercampur tanah mempunyai warna yang keruh dan mempunyai bendasing yang cukup tinggi. Air ini tidak mempunyai kualiti yang baik dan boleh membahayakan apabila diguna.
Bagi membasmi masalah ini, kita haruslah memelihara air supaya air yang kita minum pada hari ini berkualiti sehingga ke generasi yang akan datang.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Feed

Jumaat, 20 Mei 2011

Penggunaan Bekalan Air

 
 
   Air merupakan satu keperluan untuk manusia hidup. Air bukan sahaja dijadikan minuman, tetapi turut digunakan untuk membersihkan tubuh badan, memasak, mencuci pakaian, membasuh kenderaan, kerja-kerja pertanian dan tujuan perindustrian. Oleh bekalan air adalah perlu untuk manusia. Penggunaan bekalan air lebih bergantung kepada jumlah penduduk, sumber bekalan dan aktiviti penggunaan.
   Sekiranya dinilai dari segi jumlah penduduk,penduduk yang mempunyai jumlah yang ramai memerlukan bekalan air yang lebih banyak. Kawasan bandar-bandar besar dan perindustrian memerlukan sejumlah air yang banyak untuk digunakan setiap hari.
    Kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai melakukan pelbagai aktiviti yang menggunakan bekalan air seperti minum, mandi, memasak, membasuh perabot, rumah, aktiviti perkilangan dan sebagainya. Oleh itu di negara-negara maju yang mempunyai bandar-bandar besar yang banyak memerlukan bekalan air yang lebih berbanding negara-negara yang kurang kawasan bandar.
   Selain itu kawasan yang mempunyai kecenderungan melakukan pembaziran. Kawasan yang mempunyai sumber bekalan air yang banyak menyebabkan harga lebih murah. Jadi penggunaan yang membazir terus dilakukan. Ini berbeza kawasan yang kekurangan air yang terpaksa menaikkan tarif harga air ataupun melakukan proses pengitaran untuk mengurangkan pergantungan pada air yang bersih sahaja.
   Selain itu penggunaan juga bergantung kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Bagi pengguna yang pandai menggunakan air secara jimat dalam satu-satu kawasan, penggunaan akan berkurangan. Bagi pengguna yang mengguna air dalam jumlah yang banyak seperti melakukan pembaziran seperti membersih perabot, kenderaan atau sebagainya boleh menyebabkan penggunaan air turut bertambah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Feed

Sungai??


Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai yang bergabung.


Antara sungai-sungai di Malaysia ialah:
  • Sungai Meliau 
  • Sungai Musi 
  • Sungai Kinabatangan
  • Sungai Batu Lima 
  • Sungai Kebun Cina 
  • Sungai Sibuga 
  • Sungai Tahan 
  • Sungai Melantai 
  • Sungai Puteh 
  • Sungai Pelenting 
  • Sungai Teku 
  • Sungai Baram
  • Sungai Rajang 
  • Sungai Muar
  • Sungai Pahang 
  • Sumgai Melaka 
  • Sungai Linggi 
  • Sungai Langat 
  • Sungai Kelang 
  • Sungai Selangor 
  • Sungai Perak 
  • Sungai Pahang 

    Sungai Muar
    Sungai Perak


    Sungai Kinabatangan

    Destinasi pelancongan di Sungai Linggi

    Sungai Linggi
    Stumble
    Delicious
    Technorati
    Twitter
    Digg
    Facebook
    Feed

    Air Sumber Terpenting




        Air adalah sumber kepada kehidupan. Rujukan sejarah membuktikan tamadun dan peradaban manusia wujud kerana sumber yang utama ini. Lihatlah tamadun Mesir Purba, tamadun Hindi dan seumpamanya semuanya wujud berdekatan dengan sumber utama ini.
        Air adalah sumber terpenting kehidupan di bumi untuk terus hidup. Air secara keseluruhannya membina kebudayaan dan kepercayaan tertentu dalam memperlihatkan kepentingannya.
       Dari sudut sains, air adalah sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air akan membeku pada 0 darjah celsius dan mendidih pada suhu 100 darjah celsius.
       Di permukaan bumi sahaja, air meliputi ¾ permukaan bumi. Air juga sering dinamakan sebagai (H2O). Formula kimia bagi air adalah H2O. Ini bermaksud, setiap molekul air mengandungi atom hidrogen dan satu atom oksigen.
     
    • MOLEKUL AIR DIURAI
       Molekul air boleh diuraikan melalui proses yang dikenali sebagai elektrolisis. Molekul air ini diuraikan kepada unsur asasnya iaitu hidrogen dan oksigen dengan mengalirkan elektrik melaluinya.
       Melalui proses ini, 2 atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod. Sementara itu, 4 ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod.
       Molekul air terdiri daripada 2 atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah di kutub. Ini menjadikan air juga merupakan bahan pelarut.

    • BENTUK AIR 
    Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk:
    1. Ais (Pepejal) 
    2. Air (Cecair)
    3. Wap (Gas)
       Air boleh wujud dalam bentuk pepejal iaitu ais, bentuk cecair seperti air dan bentuk wap seperti gas. Air menguasai bentuk muka bumi. Air wujud dalam bentuk air di laut, sungai dan tasik. Wap air dan awan di langit, aisberg di laut, glasier di pergunungan, akuifer di dalam perut bumi dan sebagainya. Menerusi penyejatan, kerpasan dan pengaliran, air mengalir tanpa henti daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, apa yang dipanggil sebagai kitaran air.
    • MENGUKUR KUALITI AIR
       Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RM5) kualiti air sungai-sungai di Malaysia diukur dari segi Kehendak Oksigen Biokimia (BOD), pepejal terampai dan ammonia-nitrogen.
       Kualiti air adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi sekiranya paras ukuran BOD adalh 3 miligram seliter (mg/liter), kandungan pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak melebihi 0.3 mg/liter.
       Mengikut ukuran BOD, pencemaran organik merosot pada kadar 0.37 peratus, ammonia-nitrogen 10.17 peratus dan pepejal terampai 1.89 peratus. Data ini menunjukkan terdapat banyak pembuangan tanpa kawalan buangan organik dan kelodak ke dalam alur air.
       Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik manakala pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal, kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodakan.
        Kumbahan domestik tanpa olahan dan buangan haiwan terus menjadi masalah yang besar di negara ini seperti yang ditunjukkan oleh kadar kemerosotan ammonia-nitrogen yang tinggi iaitu sebanyak 10.17%.

    • CURAHAN HUJAN
       Hujan merupakan satu bentuk kerpasan seperti salji, hujan air batu embun dab kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali virga.
        Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi dan kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi dan akhirnya kembali ke bumi dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.
    • MENGUKUR JUMLAH HUJAN
       Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang.
       Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata dan diukur kepada 0.25 milimeter terhampir. Kadang-kadang turut disebut dalam liter per meter persegi (1L /m2=1mm).
        Tempat yang air hujannya kurang daripada 254mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2 540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.
       Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk “lonjong” seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas tetapi ini tidak tepat.
       Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding yang kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara satu hingga dua mm.
    Stumble
    Delicious
    Technorati
    Twitter
    Digg
    Facebook
    Feed

    Jumaat, 6 Mei 2011

    Kitaran Air

    Apa itu Kitaran Air ?


    Kitaran air atau kitaran hidrologi menghuraikan tentang kewujudan dan pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya

    Tafsiran Secara Ringkas mengenai Kitaran Air


    Kitaran air tiada titik permulaannya, tetapi tempat permulaan yang kemungkinan kita ketahui ialah lautan. Matahari yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier.
    Salji di iklim yang lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah.
    Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat"...dan juga "bermula".






    Bahagian-bahagian bagi Kitaran Air


    Terdapat 15 bahagian berbeza bagi kitaran air iaitu:
    • Air simpanan di lautan
    • Sejatan
    • Transpirasi
    • Air atmosfera
    • Pemeluwapan
    • Kerpasan
    • Air simpanan di dalam ais dan salji
    • Aliran air dari cairan salji ke dalam sungai
    • Air lairan permukaan
    • Aliran sungai
    • Simpanan air tawar
    • Infiltrasi
    • Simpanan air bawah tanah
    • Luahan air bawah tanah
    • Mata air

      Maklumat yang lebih terperinci mengenai Bahagian-bahagian bagi Kitaran Air


      Air simpanan di dalam lautan: Air garam di dalam lautan dan laut daratan
      Laut bagaikan 'Stor' bagi air

      Sebenarnya lebih banyak air di simpan di dalam lautan untuk suatu jangka masa yang lama daripada ia melalui proses kitaran air. Lebih kurang 1,338,000,000 kilometer kubik ( 321,000,000 batu kubik ) bagi jumlah air simpanan dunia iaitu sebanyak 1,386,000,000 kilometer kubik ( 332,500,000 batu kubik ) disimpan di dalam lautan dunia. Kuantiti ini ialah lebih kurang 96.5 peratus. Lautan akan membekalkan sebanyak 90% daripada air sejatan yang terdapat dalam proses kitaran air.

      Kuantiti air dalam lautan akan berubah apabila melalui suatu tempoh masa yang panjang. Semasa tempoh iklim yang lebih sejuk, lebih banyak kemuncak ais dan glasier akan terbentuk yang mengakibatkan pengurangan dalam kuantiti air laut. Keadaan sebaliknya akan berlaku semasa musim panas. Semasa zaman air batu, paras air laut adalah 122 meter ( 400 kaki ) lebih rendah daripada zaman sekarang. Apabila keadaan bumi adalah lebih panas pada 3 juta tahun yang lalu, paras air laut mungkin berada pada 50 meter ( 165 kaki ) lebih tinggi.


      Pergerakan dalam lautan
      Arus-arus dalam lautan akan menyebabkan pergerakkan kuantiti air yang besar mengelilingi dunia. Pergerakkan ini akan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap proses kitaran air dan iklim dunia. "Gulf stream" adalah sangat popular,iaitu pengaliran air sungai yang panas di Lautan Atlantik yang bergerak daripada Teluk Mexico ke Great Britain. Gulf Stream menggerakkan lebih daripada 100 kali jumlah air sungai di dunia ini dengan kelajuan sebanyak 97kilometers ( 60 batu ) dalam satu hari.

      Sejatan: Perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap


      Sejatan dan sebab berlakunya sejatan
      Sejatan ialah suatu proses yang melibatkan perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap. Proses ini merupakan cara yang penting bagi air untuk menyerap semula ke dalam kitaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik,dan sungai membekalkan lebih kurang 90% lembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan 10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan. Bahangan ( tenaga ), daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang memegang molekul-molekul air bersama.Hal ini dapat menjelaskan sebab air dapat menyejat dengan mudah pada titik didih ( 212° F, 100° C ) dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati titik beku. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100 % (dalam fasa tepu), sejatan tidak akan berlaku.Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling kita, maka inilah sebab utama sejatan daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan kita.

      Sejatan dan proses kitaran air
      Sejatan daripada lautan adalah cara utama penyerapan air laut ke dalam atmosfera. Permukaan laut yang luas ( lebih daripada 70% daripada permukaan bumi dilitupi oleh lautan ) membolehkan sejatan dapat berlaku secara besar-besaran.Secara global,kuantiti air yang hilang secara sejatan akan dikembalikan pada kuantiti yang sama ke permukaan bumi melalui titisan air hujan. Tetapi penerimaan air hujan adalah tidak sekata dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi sesebuah negara. Proses sejatan lebih mudah berlaku daripada hujan di kawasan lautan manakala hujan mudah didapati daripada proses sejatan di kawasan daratan.Sebahagian besar air sejatan daripada laut akan kembali semula ke dalam lautan sebagai titisan air hujan.Hanya 10% daripada air sejatan laut akan dipindah ke daratan melalui proses hujan.Molekul air akan berada di udara selama 10hari selepas melalui proses sejatan.

      Transpirasi : Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan atmosfera

      Transpirasi dan daun tumbuhan

      Proses transpirasi ialah proses pengangkutan lembapan air melalui tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan daun,dan di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan daun. 10% daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan melalui proses transpirasi. Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan tidak dapat dilihat oleh mata kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan daun, tetapi anda tidak mungkin keluar untuk melihat tumbuhan anda mengalami proses "perpeluhan". Semasa tempoh percambahan, sehelai daun akan mengalami transpirasi dan berat air yang ditranspirasikan adalah jauh lebih banyak daripada beratnya sendiri. Satu ekar tanah yang ditumbuhi oleh jagung akan menyingkirkan sebanyak 11,400-15100 liter (3,000-4000 gelen) air setiap hari dan pokok oak pula akan membebaskan 151,000 liter ( 40,000 gelen )air setahun melalui proses transpirasi. 

      Keadaan atmosfera yang mempengaruhi proses transpirasi

      Kuantiti air yang ditranspirasikan oleh tumbuhan berbeza mengikut kedudukan geografi dan masa. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh faktor seperti:
      • Suhu :Kadar transpirasi meningkat apabila suhu bumi meningkat,terutamanya semasa musim percambahan,iaitu keadaan udara buni yang lebih panas.
      • Kelembapan bandingan: Apabila kelembapan bandingan di sekitar tumbuhan meningkat,maka proses transpirasi bagi tumbuhan tersebut akan menurun. Air lebih senang untuk menyejat ke dalam atmosfera pada keadaan udara yang kering jika dibandingkan dengan udara yang lebih lembap.
      • Pergerakkan air dan udara : Peningkatan pergerakkan udara di sekitar sesuatu tumbuhan akan mengakibatkan kadar transpirasi manjadi lebih cepat.
      • Jenis tumbuhan: Kadar transpirasi adalah berbeza mengikut tumbuhan. Tumbuhan yang didapati di kawasan iklim panas seperti kaktus boleh menyimpan lebih banyak air dengan mengurangkan kadar transpirasinya.
      Simpanan air di dalam atmosfera sebagai wap, awan dan lembapan. 
       

      Atmosfera kita dipenuhi oleh air 

      Sungguhpun atmosfera kita bukan merupakan "stor" air yang paling penting,namun demikian ia boleh diibaratkan sebagai "lebuhraya" yang digunakan untuk membolehkan pergerakkan air mengelilingi dunia. Atmosfera sering dipenuhi oleh kandungan air dan ini boleh dilihat secara ketara melalui awan-awan atmosfera.Tetapi udara juga mengandungi air -air yang terkandung dalam partikel kecil yang sukar dilihat dengan mata kasar. Isipadu air di atmosfera pada masa ini ialah lebih kurang 12,900 kilometer kubik ( 3,100 batu kubik ).Jika semua air di atmosfera bertukar bentuk kepada air hujan dan semua titisan ini jatuh ke permukaan bumi,maka air ini akan melitupi permukaan bumi setinggi 2.5 cm,iaitu 1 inci

      Kondensasi : Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair

      Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukkan awan.Awan seterusnya pula menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali semula ke bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan.

      Kabus juga berlaku sebagai akibat daripada proses kondensasi dan juga menyebabkan berlakunya keadaan cermin mata anda yang menjadi kabur apabila anda berpindah daripada sebuah bilik yang sejuk kepada luar bilik pada suatu hari yang panas serta lembap, bagi titisan air yang meleleh pada permukaan luar gelas anda, serta bagi pembentukkan air pada permukaan dalam tingkap di rumah anda pada hari yang sejuk.

      Proses kondensasi di udara

      Sungguhpun pada suatu hari yang cerah tanpa litupan awan, udara masih mengandungi air yang berada dalam bentuk wap atau titisan air yang adalah terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar kita. Molekul-molekul air akan bergabung dengan partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan awan yang seterusnya akan bergabung dengan titisan-titisan awan yang lain untuk membentuk awan.Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan seterusnya menyebabkan berlakunya kerpasan.
      Awan terbentuk di atmosfera kerana udara yang mengandungi wap air akan bergerak ke permukaan atas atmosfera dan menyejuk.Matahari akan memanaskan udara di sekitar permukaan bumi dan menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan meningkat ke kawasan yang lebih sejuk.Dengan suhu yang semakin rendah,maka lebih banyak proses kondensasi dapat berlaku yang seterusnya meningkatkan pembentukkan awan di atmosfera. 


      Stumble
      Delicious
      Technorati
      Twitter
      Digg
      Facebook
      Feed

      Penggunaan Air Di Malaysia


         Air merupakan sumber keperluan yang paling penting dalam kehidupan manusia. Hampir semua manusia memerlukan air untuk minuman, membasuh pakaian, memasak dan jalan perhubungan. Haiwan juga memerlukan air untuk minuman dan menyejukan badan, sedangkan tumbuhan memerlukan air untuk membuat makanan. Walaupun terdapat perbezaan dalam penggunaan air, namun kehidupan lebih banyak bergantung pada air.
         Penggunaan air di Malaysia bertambah setiap tahun. Pembukaan beberapa kawasan perindutrian dan penempatan sudah pasti menuntut penggunaan air yang lebih banyak sejajar kehendak Dasar Kependudukan 70 juta menjelang tahun 2100.
          Pada tahun 1985 sahaja penggunaan air di negara ini adalah sebanyak 3,737 juta liter sehari. Peningkatan terus berlaku sehingga menjadi 6,910 juta liter pada tahun 1990, 11700 juta liter pada tahun 1995 dan 19033 juta liter pada tahun 2000. Peningkatan sebanyak 10% setiap tahun dan berubah kenaikannya sehingga melebihi paras 10% terutama di kawasan perindustrian.
         Bagi menampung keperluan ini, loji pembersihan air perlu ditingkatkan dari segi bilangan atau keupayaan menghasilkan air yang banyak dan bersih. Ini adalah penting kerana kekurangan sumber air akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

         Terdapat pelbagai bentuk keperluan yang diperolehi manusia untuk memastikan sumber air mencukupi. Antara keperluan air ialah:
      i.          Penggunaan di rumah
      ii.         Penggunaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi
      iii.        Penggunaan di pejabat dan kilang
      iv.        Penggunaan di hospital dan klinik
      v.         Penggunaan di hotel dan rumah penginapan
      vi.        Penggunaan di restoran dan pasaraya
      vii.       Penggunaan di jalan raya dan bandar


      Penggunaan di rumah
         Air merupakan sebagai salah satu keperluan manusia. Air diperlukan sebagai minuman dan keperluan lain. Hampir semua rumah mempunyai bekalan air bagi menampung kehidupan yang lebih selesa.
         Air yang terdapat di rumah disalur melalui saluran paip yang boleh didapati dalam tandas, dapur atau halaman rumah. Di negara-negara mundur atau kawasan pedalaman, air hujan atau sungai lebih banyak diperlukan umtuk mendapat bekalan air. Oleh sebab itu takungan yang lebih besar diperlukan supaya dapat menadah air dalam jumlah yang banyak.
          Air digunakan sebagai minuman, aktiviti memasak, membasuh pakaian dan mencuci peralatan rumah. Hampi setiap masa air digunakan dengan banyak. Selain itu air juga digunakan untuk aktiviti lain seperti menyiram bunga atau membasuh kereta.

      Penggunaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi
         Sekolah merupakan pusat menimba ilmu. Para pelajar dididik pelbagai ilmu untuk digunakan pada masa hadapan. Dari segi penggunaan air masih diperlukan. Penggunaan air di sekolah lebih menjurus kepada penggunaan tandas, menyiram bunga dan penyediakan makanan di kantin sekolah.
         Di pusat-pusat pengajian tinggi, penggunaan air lebih banyak. Air bukan sahaja digunakan untuk tandas ataupun kantin, tetapi juga disalurkan di kawasan kediaman para pelajar. Oleh sebab itulah bekalan air yang lebih banyak diperlukan berbanding sekolah.

      Penggunaan di pejabat dan kilang
         Pejabat adalah satu ruang ynag digunakan untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan pekerjaan. Pejabat dilengkapkan bilik dapur atau tandas untuk keperluan pekerja.
         Kilang pula merupakan satu bangunan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk. Bagi kilang yang mengeluarkan barangan seperti minuman, air amat diperlukan. Air juga digunakan untuk membersihkan beberapa alat seperti mesin, lantai, jentera dan sebagainya. Keperluan air di kilang-kilang melebihi penggunaan air di pejabat.

      Penggunaan di hospital dan klinik
        Penggunaan air juga penting di hospital dan klinik. Semua peralatan yang terdapat di hospital dan klinik memerlukan air untuk membasuh pelbagai peralatan yang digunakan dalam perubatan. Bahkan air yang lebih bersih diperlukan supaya penyakit tidak mudah berjangkit.
         Selain itu air juga digunakan untuk bilik air, tandas, penghawa dingin dan keperluan kantin hospital. Sekiranya bekalan air tidak mencukupi akan memberi kesan yang tidak mencukupi akan memberi kesan yang tidak baik kepada pesakit.

      Penggunaan di hotel dan rumah penginapan
         Hotel dan rumah penginapan menjadi tumpuan para pelancong untuk bermalam. Hotel dan rumah penginapan banyak terdapat di negara ini terutama di kawasan pelancongan atau pusat-pusat bandar.
         Bagi memastikan keselesaan para pelancong, pengusaha hotel dan rumah penginapan harus memastikan bekalan air yang mencukupi. Air diperlukan untuk menyediakan minuman, memasak, mandi, membasuh pakaian dan sebagainya. Oleh kerana hotel dan rumah penginapan adalah satu penginapan yang selesa dan besar, bermakna keperluan air juga turut meningkat. Sekiranya keputusan air akan menjejaskan mutu perkhidmatan hotel tersebut.

      Penggunaan di restoran dan pasaraya
        Pasaraya, restoran dan kedai memerlukan lebih banyak bekalan air untuk pelbagai tujuan. Restoran menggunakan air untuk memasak, membasuh dan menyediakan minuman kepada pelanggan
        Begitu juga pasaraya menggunakan air untuk keperluan pelanggan apabila menggunakan tandas, penghawa 

      Penggunaan di jalan raya dan bandar
         Selain menjadikan air sebagai keperluan manusia di kawasan petempatan, terdapat juga keperluan di jalan-jalan utama. Hampir seluruh negara kebanyakan jalan raya diletakkan pili bomba sebagai persediaan menghadapi kebakaran. Pili bomba diletakkan di tepi jalan di tengah-tengah bandar.
         Pili bomba hanya digunakan untuk tujuan kebakaran atau keperluan lain. Sekiranya pili bomba berada di tepi jalan, pihak bomba dapat mengambil air dengan lebih pantas sekiranya bekalan air berkurangan. Oleh sebab itu pemasangan di seluruh bandar adalah perlu. Selain itu pili bomba perlu mempunyai tekanan yang tinggi supaya dapat membantu pasukan bomba memadam api.
      Stumble
      Delicious
      Technorati
      Twitter
      Digg
      Facebook
      Feed

      Khamis, 5 Mei 2011

      Punca-Punca Air

       
      HUJAN
         Hujan merupakan salah satu sumber air yang paling penting. Tanpa hujan air tidak akan diperolehi. Walaupun hujan berasal daripada sungai atau air laut yang mengalami proses penyerapan dan dibalikkan menjadi hujan, namun di kawasan yang tidak mengalami hujan akan kekurangan air.
         Di kebanyakan kawasan pedalaman yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi memerlukan hujan sebagai slah satu punca air. Hujan diperlukan untuk mendapatkan sumber minuman, membersihkan badan dan sebagainya.
         Oleh sebab itu masyarakat di kawasan yang tidak mendapat bekalan air yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menadah air hujan. Air inilah yang digunakan untuk keperluan hidup mereka seharian.
       
      SUNGAI
         Hampir semua kawasan mempunyai saliran. Sungai merupakan satu aliran air yang berpunca daripada kawasan tadahan yang kerap menerima hujan dan mengeluarkan air dalam bentuk mata air. Puluhan mata air akan bergabung dan menghasilkan aliran sungai yang besar.
         Sungai Nil, Mekong, Gangges dan sebagainya adalah antara sungai yang terpenting. Sungai ini digunakan sebagai salah salah satu punca air selain dijadikan sebagai jalan perhubungan atau mendapatkan sumber protein.
         Kebanyakan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut menggunakan air sungai sebagai punca air utama. Mereka mendapatkan bekalan air untuk minuman ataupun melakukan sebarang aktiviti seperti membasuh pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mandi dan sebagainya. Di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mendapat bekalan air, menjadikan sungai sebagai punca air yang utama.
      ·         
         SALJI
         Di kawasan yang beriklim sejuk dan sentiasa berada di paras beku mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber bekalan air. Kebanyakan kawasan ini sentiasa sejuk sehingga banyak sungai yang beku.
         Di Antartik dan Artik merupakan 2 kawasan yang tidak mempunyai saliran atau bekalan air yang baik. Kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut mempunyai kaedah untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
         Salji merupakan air yang telah terbeku akibat daripada suhu yang rendah. Salji akan menjadi cair apabila dipanaskan. Oleh itu masyarakat Eskimo yang mendiami kawasan tersebut memanaskan salji untuk mendapatkan bekalan air. Salji yang dipanaskan menjadi air dan boleh dijadikan minuman atau sebagainya.
      ·       
      OASIS
         Di kawasan gurun yang mengalami musim panas berpanjangan, jarang menerima hujan. Hujan turun pada masa-masa tertentu dalam kuantiti yang cukup sedikit.
         Ini disebabkan sumber air amatlah terbatas. Masyarakat tersebut menggunakan air hanya untuk keperluan minuman dan sebagainya.
         Di kawasan gurun sumber air lebih banyak diperolehi daripada oasis. Oasis adalah takungan air yang terdapat di kawasan yang lembap. Oasis mengandungi air yang banyak selepas hujan dan berkurangan apabila musim panas berpanjangan.
         Masyarakat di sekitar oasis menggunakan air secara jimat. Mereka akan menapis terlebih dahulu air yang diambil untuk memastikan tahap kebersihan air tersebut. Setelah itu barulah digunakan untuk minuman .
         Selain oasis terdapat beberapa kawasan yang mengandungi air seperti wadi, bajadi, kipas lanar atau playa. Semua kawasan ini merupakan kawasan ini merupakan punca untuk mendapatkan sumber air di kawasan yang kering.
      ·  TASIK
         Tasik merupakan satu takungan air yang boleh digunakan sebagai satu sumber bekalan air untuk sesebuah kawasan. Tasik adalah takungan air yang mempunyai kuantiti air yang mempunyai kuantiti tertentu, dan boleh dijadikan sebagai bekalan air apabila diusahakan secara giat.
         Sungguhpun jumlah tasik adalah kecil dan hanya boleh didapati di beberapa negara sahaja, tetapi tasik yang mempunyai keluasan yang cukup besar untuk menampung bekalan air yang diperlukan. Air tasik yang jernih dan nutreal memudahkan kerja-kerja pembersihan air dilakukan sebelum dijadikan sebelum dijadikan sebagai keperluan harian.
         Terdapat beberapa buah negara menjadikan tasik sebagai sumber bekalan air yang utama. Oleh sebab itu saliran yang berdekatan tasik digabung supaya kuantiti air dapat dikekalkan.
      LAUT
         Tidak semua negara mempunyai bekalan air yang mencukupi. Ini disebabkan terdapat beberapa buah negara yang terpaksa mengimport bekalan air daripada negara jiran untuk memenuhi permintaan penduduk negara tersebut. Antara faktor tersebut ialah kekurangan saliran atau sumber yang boleh membekalkan air untuk memenuhi permintaan penduduk yang ramai.
         Bagi memastikan negara tersebut tidak bergantung penuh kepada bekalan negara lain, seharusnya sumber daripada laut juga boleh dilakukan. Air laut boleh didapati dengan banyak sekali. Oleh itu setiap negara boleh mengambil air laut sebagai salah satu sumber utama.
         Walaupun punca air laut boleh didapati di mana-mana sahaja, namun untuk membersihkan, menjernihkan dan menutrealkan air laut memakan kos yang tinggi sebelum boleh digunakan. Penggunaan teknologi semakin tinggi adalah diharapkan air laut masih boleh dijadikan sebagai salah sumber untuk mendapatkan bekalan air di masa hadapan.
      Stumble
      Delicious
      Technorati
      Twitter
      Digg
      Facebook
      Feed
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...