Rabu, 13 April 2011

Kadar Bekalan Air



Kuantiti air dalam sesuatu kawasan takungan atau empangan bergantung kepada banyak faktor. Faktor-faktor ini menentukan kuantiti air untuk memenuhi permintaan satu-satu kawasan atau negara.
Umumnya terdapat 3 faktor yang digunakan untuk memastikan permintaan air sejajar dengan kuantiti air yang menjadi sumber bekalan. Antaranya ialah air yang masuk, keluar
dan bekalan simpanan.


1. Pertambahan kuantiti air
Air yang masuk merupakan salah satu punca untuk menakungkan air dalam kuantiti yang banyak. Air ini akan mengambil kira satu tempoh masa yang panjang dan berkekalan. Jika tidak penggunaan kuantiti air akan dikurangkan untuk memastikan bekalan air mencukupi. Antara air yang boleh dijadikan punca untuk menstabilkan kuantiti empangan atau takungan air:


Hujan menyumbang kepada kadar bekalan air di sesuatu tempat

• Jumlah hujan
Jumlah hujan yang banyak menyebabkan takungan air bertambah. Hujan yang turun dengan lebat membolehkan kuantiti air bertambah sehingga melepasi benteng takungan air. Pada masa ini jumlah air boleh ditampung apabila membina takungan kedua atau ketiga. Terdapat juga takungan yang lebih dalam dan lebar dibina untuk menakung air hujan yang banyak.




• Kemasukan air sungai
Air yang bertakung datangnya dari sungai. Apabila hujan turun dengan lebat membolehkan paras air sungai naik. Sungai yang naik mengalirkan air yang cukup banyak sehingga ke kawasan takungan. Oleh sebab itulah takungan turut bertambah apabila paras air sungai bertambah.


• Pergerakan air bumi


Air yang bertakung di dalam takungan bukan sahaja diperolehi daripada air sungai atau hujan, tetapi juga pergerakan air di dalam perut bumi. Takungan yang baik ditempatkan di kawasan paya yang mempunyai aliran mata air yang boleh membekalkan air. Jumlah mata air yang banyak dapat menstabilkan kuantiti air di takungan.






• Kumbahan dan keluaran industri
Punca-punca air juga boleh didapati daripada sumber-sumber lain. Antaranya ialah daripada sektor industri. Sektor ini mengeluarkan sisa-sisa kumbahan yang banyak. Oleh itu air kumbahan ini boleh dialirkan ke kawasan takungan apabila dikitar semula. Kerajaan menyarankan supaya air yang telah terpakai dikitar semula untuk mengurangkan pergantungan kepada air takungan.


• Pindahan air dari terusan
Di beberapa buah negara yang mempunyai terusan disebabkan aktiviti pertanian boleh disalirkan ke takungan. Terusan adalah saliran yang dibuat oleh manusia untuk menyalirkan air ke kawasan pertanian. Oleh kerana bekalan air yang banyak, tidak diperlukan akan dimasukkan ke takungan untuk kegunaan di kawasan lain pula.





2. Pengurangan kuantiti air


Air yang keluar merupakan kehilangan air dalam kuantiti tertentu. Pengeluaran ini akan menyebabkan air bertambah kurang sehingga permintaan yang banyak tidak dapat dipenuhi.
Pengurangan kuantiti air tidak hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang disebabkan kebocoran, tetapi juga disebabkan faktor lain yang mengambil masa yang panjang untuk mengurangkan kuantiti air. Antara faktor yang boleh mengurangkan kuantiti air ialah:



• Penyejatan dan transpirasi
Penyejatan air sering berlaku apabila cahaya matahari menyinar ke takungan dalam tempoh masa yang lama. Takungan yang terdedah seperti empangan memudahkan penyejatan dan transpirasi.
Proses penyejatan dan transpirasi sering berlaku di negara-negara yang mempunyai suhu panas sepanjang tahun. Ini menyebabkan kuantiti air di takungan berubah.


• Air terkeluar dari kawasan tadahan
Takungan menghadapi masalh pengurangan air disebabkan terdapat ruang-ruang yang berada di permukaan bumi. Ruang-ruang udara ini menyebabkan air mengalir ke kawasan lain sehingga menjejaskan kuantiti air. Oleh sebab itu kawasan yang berpaya dan lembah dijadikan kawasan takungan yang baik kerana air tidak terserap atau mengalir keluar.


• Bekalan air disalur ke kawasan lain
Kuantiti air yang boleh berkurangan apabila digunakan untuk tujuan lain. Air takungan yang banyak seperti empangan bukan sahaja dibekalkan untuk air yang bersih tetapi juga digunakan untuk sektor pertanian. Oelh sebab itulah bukan semua takungan yang dibuat untuk kegunaan manusia tetapi juga digunakan untuk aktiviti yang lain.



• Penyejatan stesen hidro-elektrik
Kawasan takungan seperti empangan bukan sahaji digunakan untuk menyalirkan air kepada pengguna, tetapi juga mempunyai peranan sebagai penjana kuasa hidro elektrik. Penjanaan ini melibatkan jumlah air yang banyak.Semasa proses penjanaan berlaku, air akan terpercik ke kawasan lain atau disejatkan oleh stesen kuasa. Oleh itulah kuantiti air tidak dapat ditentukan.



• Penyusupan pembentungan keluar
Air akan disalirkan ke pengguna menggunakan pembentungan. Pembentungan dibuat daripada besi atau asbestos. Semasa kerja-kerja pengangkutan dilakukan, terdapat air meresap keluar. Air ini tidak boleh diguna sepenuhnya apabial kuantiti air berkurangan.







3. Penetapan kuantiti air


Air tidak akan mengalami perubahan apabila kawasan takungan mempunyai ciri-ciri yang boleh mengurangkan sejatan atau pertambahan kuantiti air. Oleh itu bekalan air boleh disalurkan lebih baik kepada semua pengguna dengan tepat. Antara faktor yang boleh mengurangkan pengaruh kuantiti air ialah:



• Perubahan lembapan tanah
Takungan air banyak dibina di kawasan yang mempunyai saliran yang baik, bertanah paya dan berlembah. Pembinaan di kawasan ini boleh menyebabkan kuantiti air takungan tidak berubah disebabkan kawasan tersebut tidak menyerap air. Selain itu kawasan yang bersuhu lembap juga boleh menstabilkan kuantiti air di takungan.


• Perubahan kandungan takungan terkurung
Takungan terkurung adalah takungan air yang dibina bumbung untuk memastikan tidak berlaku sejatan. Takungan terkurung ini melibatkan kos pembinaan yang banyak kerana terpaksa membina dinding, lantai dan bumbung yang kedap udara. Ini adalah untuk mengelakkan air keluar. Oleh sebab itu tidak berlaku perubahan kuantiti air dalam takungan terkurung.



• Perubahan simpanan Akuifer
Simpanan akuifer adalah takungan air yang digali ke dalam perut bumi. Takungan ini lebih dalam dan sukar dipastikan kuantiti air yang sebenar. Ini disebabkan terdapat lubang semula jadi yang boleh diperolehi di dalam perut bumi.Sungguhpun demikian perubahan simpanan akuifer ini tidak menjejaskan kuantiti yang dikehendaki kerana jumlah air yang banyak. Oleh itu adalah lebih menguntungkan membina takungan akuifer pada masa hadapan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...