Mengenalpasti Punca Pembaziran Air di Rumah Anda !!
- Ujian 1 - Untuk Memastikan Meter Air Berfungsi Atau Tidak
Proses:
- Catatkan bacaan meter air yang berkenaan.
- Buka tap air di dapur ( bekalan terus ) dan biarkan air mengalir.
- Perhatikan kaunter miter air samada bergerak atau tidak.
Pemerhatian:
Apabila Kaunter air bergerak atau meningkat, itu menandakan meter air itu berfungsi.
- Ujian 2 - Untuk Memastikan Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan Di Bawah Tanah.
Proses:
- Lakukan Ujian 1 untuk memastikan yang meter air itu berfungsi. Jika tidak, lakukan Ujian 3.
- Tutup tap air di dapur dan pastikan semua tap atau lain-lain punca bekalan air ditutup rapat.
- Pastikan tiada pengaliran air ke dalam tangki simpanan.
- Catatkan bacaan meter.
- Tunggu sehingga 10 minit dan perhatikan pergerakan bacaan meter.
Pemerhatian:
Apabila bacaan meter air meningkat, itu menandakan terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan sebelum diagihkan ke tangki simpanan.
- Ujian 3 - Menentukan Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan Di Bawah Tanah
Proses:
- Sambungkan hos getah pada pili dapur atau pili air terus.
- Gunakan sebiji gelas dan buka pili tersebut sehingga air di dalam gelas melimpah.
- Pastikan hos getah ditenggelami air di dalam gelas.
- Tutup injap sesekat sebelum miter air dan pastikan tidak ada air yang melaluinya.
- Tunggu sehingga 10 - 15 minit. Perhatikan paras air dalam gelas, samada menurun atau tidak.
Pemerhatian:
Paras air dalam gelas akan menurun jika terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan di bawah tanah.
- Ujian 4 - Menentukan Kebocoran Pada Paip Agihan Selepas Tangki Simpanan Air
Proses:
- Perhatikan kesan basah di lantai atau dinding pada laluan paip air.
- Pastikan semua punca air dari tangki simpanan ditutup dan tidak digunakan semasa kajian sedang dijalankan.
- Tutup injap sesekat pada aliran masuk dan pastikan tiada air yang mengalir melaluinya.
- Tandakan paras air di dalam tangki simpanan air.
Nota:Biasanya tangki simpanan terletak di atas siling rumah. Gunakan lampu suluh apabila berada di atas siling. Berhati - hati dan jaga keselamatan semasa di atas siling.
- Pastikan tiada penggunaan air yang berpunca dari tangki simpanan.
- Tunggu selama 1 - 2 jam dan pastikan paras air dalam tangki semula samada paras air menurun atau tidak
Pemerhatian:
Jika paras air berada dibawah paras asal, ini menandakan terdapat kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.
Tindakan pengguna:
- a. Hubungi tukang paip yang berdaftar / berlesen dengan JANS untuk kerja- kerja pembaikan.
- b.Kos pembiayaan pembaikan adalah di atas tanggungan pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan