Air adalah sumber kepada kehidupan. Rujukan sejarah membuktikan tamadun dan peradaban manusia wujud kerana sumber yang utama ini. Lihatlah tamadun Mesir Purba, tamadun Hindi dan seumpamanya semuanya wujud berdekatan dengan sumber utama ini.
Air adalah sumber terpenting kehidupan di bumi untuk terus hidup. Air secara keseluruhannya membina kebudayaan dan kepercayaan tertentu dalam memperlihatkan kepentingannya.
Dari sudut sains, air adalah sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air akan membeku pada 0 darjah celsius dan mendidih pada suhu 100 darjah celsius.
Di permukaan bumi sahaja, air meliputi ¾ permukaan bumi. Air juga sering dinamakan sebagai (H2O). Formula kimia bagi air adalah H2O. Ini bermaksud, setiap molekul air mengandungi atom hidrogen dan satu atom oksigen.
- MOLEKUL AIR DIURAI
Molekul air boleh diuraikan melalui proses yang dikenali sebagai elektrolisis. Molekul air ini diuraikan kepada unsur asasnya iaitu hidrogen dan oksigen dengan mengalirkan elektrik melaluinya.
Melalui proses ini, 2 atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod. Sementara itu, 4 ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod.
Molekul air terdiri daripada 2 atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah di kutub. Ini menjadikan air juga merupakan bahan pelarut.
- BENTUK AIR
- Ais (Pepejal)
- Air (Cecair)
- Wap (Gas)
Air boleh wujud dalam bentuk pepejal iaitu ais, bentuk cecair seperti air dan bentuk wap seperti gas. Air menguasai bentuk muka bumi. Air wujud dalam bentuk air di laut, sungai dan tasik. Wap air dan awan di langit, aisberg di laut, glasier di pergunungan, akuifer di dalam perut bumi dan sebagainya. Menerusi penyejatan, kerpasan dan pengaliran, air mengalir tanpa henti daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, apa yang dipanggil sebagai kitaran air.
- MENGUKUR KUALITI AIR
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RM5) kualiti air sungai-sungai di Malaysia diukur dari segi Kehendak Oksigen Biokimia (BOD), pepejal terampai dan ammonia-nitrogen.
Kualiti air adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi sekiranya paras ukuran BOD adalh 3 miligram seliter (mg/liter), kandungan pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak melebihi 0.3 mg/liter.
Mengikut ukuran BOD, pencemaran organik merosot pada kadar 0.37 peratus, ammonia-nitrogen 10.17 peratus dan pepejal terampai 1.89 peratus. Data ini menunjukkan terdapat banyak pembuangan tanpa kawalan buangan organik dan kelodak ke dalam alur air.
Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik manakala pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal, kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodakan.
Kumbahan domestik tanpa olahan dan buangan haiwan terus menjadi masalah yang besar di negara ini seperti yang ditunjukkan oleh kadar kemerosotan ammonia-nitrogen yang tinggi iaitu sebanyak 10.17%.
- CURAHAN HUJAN
Hujan merupakan satu bentuk kerpasan seperti salji, hujan air batu embun dab kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali virga.
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi dan kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi dan akhirnya kembali ke bumi dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.
- MENGUKUR JUMLAH HUJAN
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang.
Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata dan diukur kepada 0.25 milimeter terhampir. Kadang-kadang turut disebut dalam liter per meter persegi (1L /m2=1mm).
Tempat yang air hujannya kurang daripada 254mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2 540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk “lonjong” seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas tetapi ini tidak tepat.
Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding yang kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara satu hingga dua mm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan