Implikasi Kesihatan

Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Kesan kepada Hidupan Akuatik



Kesan Kepada Tumbuhan Biomas
Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
Kesan kepada Tanah Basah
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.
- Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain.
- Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma.
- Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut.
- Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius.
- Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada alam sekitar.
- Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam kilang yang memberikan kesan kepada air.
- Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius.
- Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.
trima kasih atas maklumat yg berguna ini..
BalasPadamTERIMA KASIH YA SANGAT SANGAT MEMBANTU!
BalasPadamASAL X TERUS BAGI POINT JER...SUSAH LH MCM NI...
BalasPadam