Tahukah Anda?
- Air meliputi ¾ daripada permukaan bumi. Hampir 97% daripada air bumi adalah air masin dan tidak boleh diminum. 2% lagi tersimpan sebagai air segar dalam glasier, litupan ais dan banjaran gunung bersalji. Hanya 1% air sahaja daripada air bumi yang tersedia dan boleh dikitar semula untuk kegunaan domestik, perniagaan, pertanian dan awam.
- 2/3 daripada berat tubuh badan manusia adalah air. Darah terdiri daripada 90% air dan otak manusia terdiri daripada 85% air.
- Tubuh manusia boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air.
- Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas (2 liter) air dalam sehari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan