Khamis, 2 Jun 2011

Air !!


Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan
untuk bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari,
ianya akan kehilangan nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan
menjadi ancaman kepada kesihatan kita dan kehidupan ikan yang hidup
di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup kepadanya.

Air yang telah digunakan oleh komuniti di kenali sebagai air terpakai/air kumbahan. Jika ianya tidak dirawat sebelum dilepaskan ke dalam saluran air, pencemaran serius adalah jawapannya. Berdasarkan sejarah, perkara ini telah mengambil masa yang agak lama oleh manusia sejagat untuk mengatasinya. Pencemaran air juga berlaku apabila air hujan yang turun di kawasan Bandar dan kawasan perindustrian serta kawasan pertanian dan operasi perlombongan membawanya kembali ke kawasan tadahan air (sungai, tasik atau lautan) and juga ke dalam tanah. Untuk menjaga air terpakai dari mencemarkan sumber air kita, kita perlu mengalihkan pencemaran sebelum air itu kembali kepada persekitaran. Di kawasan bandar pada kebanyakkan negara membangun, air kumbahan dari perumahan, perniagaan, dan perindustrian adalah dikumpul di dalam pemparitan bawah tanah – kumbahan-dimana dibawa kepada satu atau lebih sistem rawatan air. Kebanyakan sistem ini berada dilokasi yang berdekatan punca air dimana air yang telah dirawat akan disalurkan.
Selain mempunyai sistem pemparitan kumbahan-yang juga dikenali, dengan agak aneh, sanitasi saluran najis - yang membawa sisa kumbahan ke loji rawatan, bandar dan pekan juga memerlukan pemparitan ini untuk mengumpul air yang bergerak deras ini. Sistem ini diperlukan untuk menahan dari berlakunya banjir di atas jalan raya dan seterusnya mengalir ke kawasan perairan tanpa rawatan. Runoff dari pencemaran kenderaan dan halaman membawa kepada sisa kumbahan yang mengandungi minyak dan sisa dari automotif, yang mana turut mengandungi toksik logam dan campuran organik-dan juga pestisid dan nutrien yang mengandungi fertilizer dari laman mahupun taman, dan patogen mikroorganisma dari sisa haiwan.


Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk membantu menghalang dari berlaku lebih banyak pencemaran air?

  • Jangan membuang sisa pencemaran di dalam saluran najis mahupun longkang. 
  • Sisa toksik dari minyak motor dan dari pencemaran lain perlulah di jauhkan dari kawasan air. 
  • Gunakan pembersih yang rendah kandungan kimianya.
  •  Cari bahan pembersih rumah yang tidak bertoksik sebagai alternatif. 
 Anda mungkin merasakan bahawa usaha anda adalah kecil dan tidak memberi impak pada gambaran yang lebih besar namun apabila kita sentiasa mempraktiskan diri dengan usaha yang kecil ini, kesannya adalah lebih kukuh.

1 ulasan:

  1. Casino: 12+ Casinos in Washington State - Mapyro
    Welcome to the official 충청남도 출장안마 MapYRO® website. 구리 출장마사지 It's 당진 출장샵 free! Search Casinos Near You 거제 출장마사지 with MapYRO® database to find the closest casino to 용인 출장안마 you.

    BalasPadam