Khamis, 16 Jun 2011

Air Sumber Kehidupan




   Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Setiap hari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan air sebagai punca minuman. Air diminum secara langsung oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula menyerap air untuk membuat makanan.
   Air mencakupi 70% daripada keluasan bumi. Namun begitu jumlah air tawar adalah kecil. Kebanyakan air hanya boleh didapati di laut dan lautan yang luas terbentang.
   Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan.
   Pada zaman dahulu kebanyakan sungai dijadikan alat perhubungan yang penting dan sumber protein. Setelah jalan raya dibina, sungai hanya berfungsi sebagai jalan perhubungan di kawasan pedalaman, sumber makanan dan sebagainya.
   Kemajuan yang dicapai telah memberi faedah yang cukup besar kepada manusia sendiri. Suatu ketika dahulu manusia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan air dari sungai, kolam, perigi atau laut. Dengan perkembangan teknologi, memudahkan manusia untuk terus mendapat manfaat daripada kemajuan tersebut.
   Bekalan saluran paip merupakan salah satu kemudahan yang diperolehi daripada teknologi. Manusia hanya perlu memutarkan kepala paip untuk mendapatkan air. Bahkan di negara-negara yang beriklim sejuk sederhana, bekalan air panas turut disediakan untuk memudahkan manusia memanaskan badan.
   Air bukan sahaja diperolehi daripada sungai, tasik, kolam atau terusan, tetapi turut menggunakan air laut. Proses penutrealan telah dilakukan di negara-negara yang kekurangan air tawar untuk memenuhi permintaan. Selain itu terdapat juga beberapa buah negara menjalani proses pengitaran air kumbahan untuk digunakan semula.
   Teknologi ini mencakupi pelbagai aspek segi sumber bekalan, takungan, saluran paip dan proses pengitaran. Sekiranya tidak terdapat peningkatan dalam kejuruteraan, bekalan air tidak dapat disalurkan ke kawasan kediaman seperti hari ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Feed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...