Jumaat, 6 Mei 2011

Penggunaan Air Di Malaysia


   Air merupakan sumber keperluan yang paling penting dalam kehidupan manusia. Hampir semua manusia memerlukan air untuk minuman, membasuh pakaian, memasak dan jalan perhubungan. Haiwan juga memerlukan air untuk minuman dan menyejukan badan, sedangkan tumbuhan memerlukan air untuk membuat makanan. Walaupun terdapat perbezaan dalam penggunaan air, namun kehidupan lebih banyak bergantung pada air.
   Penggunaan air di Malaysia bertambah setiap tahun. Pembukaan beberapa kawasan perindutrian dan penempatan sudah pasti menuntut penggunaan air yang lebih banyak sejajar kehendak Dasar Kependudukan 70 juta menjelang tahun 2100.
    Pada tahun 1985 sahaja penggunaan air di negara ini adalah sebanyak 3,737 juta liter sehari. Peningkatan terus berlaku sehingga menjadi 6,910 juta liter pada tahun 1990, 11700 juta liter pada tahun 1995 dan 19033 juta liter pada tahun 2000. Peningkatan sebanyak 10% setiap tahun dan berubah kenaikannya sehingga melebihi paras 10% terutama di kawasan perindustrian.
   Bagi menampung keperluan ini, loji pembersihan air perlu ditingkatkan dari segi bilangan atau keupayaan menghasilkan air yang banyak dan bersih. Ini adalah penting kerana kekurangan sumber air akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

   Terdapat pelbagai bentuk keperluan yang diperolehi manusia untuk memastikan sumber air mencukupi. Antara keperluan air ialah:
i.          Penggunaan di rumah
ii.         Penggunaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi
iii.        Penggunaan di pejabat dan kilang
iv.        Penggunaan di hospital dan klinik
v.         Penggunaan di hotel dan rumah penginapan
vi.        Penggunaan di restoran dan pasaraya
vii.       Penggunaan di jalan raya dan bandar


Penggunaan di rumah
   Air merupakan sebagai salah satu keperluan manusia. Air diperlukan sebagai minuman dan keperluan lain. Hampir semua rumah mempunyai bekalan air bagi menampung kehidupan yang lebih selesa.
   Air yang terdapat di rumah disalur melalui saluran paip yang boleh didapati dalam tandas, dapur atau halaman rumah. Di negara-negara mundur atau kawasan pedalaman, air hujan atau sungai lebih banyak diperlukan umtuk mendapat bekalan air. Oleh sebab itu takungan yang lebih besar diperlukan supaya dapat menadah air dalam jumlah yang banyak.
    Air digunakan sebagai minuman, aktiviti memasak, membasuh pakaian dan mencuci peralatan rumah. Hampi setiap masa air digunakan dengan banyak. Selain itu air juga digunakan untuk aktiviti lain seperti menyiram bunga atau membasuh kereta.

Penggunaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi
   Sekolah merupakan pusat menimba ilmu. Para pelajar dididik pelbagai ilmu untuk digunakan pada masa hadapan. Dari segi penggunaan air masih diperlukan. Penggunaan air di sekolah lebih menjurus kepada penggunaan tandas, menyiram bunga dan penyediakan makanan di kantin sekolah.
   Di pusat-pusat pengajian tinggi, penggunaan air lebih banyak. Air bukan sahaja digunakan untuk tandas ataupun kantin, tetapi juga disalurkan di kawasan kediaman para pelajar. Oleh sebab itulah bekalan air yang lebih banyak diperlukan berbanding sekolah.

Penggunaan di pejabat dan kilang
   Pejabat adalah satu ruang ynag digunakan untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan pekerjaan. Pejabat dilengkapkan bilik dapur atau tandas untuk keperluan pekerja.
   Kilang pula merupakan satu bangunan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk. Bagi kilang yang mengeluarkan barangan seperti minuman, air amat diperlukan. Air juga digunakan untuk membersihkan beberapa alat seperti mesin, lantai, jentera dan sebagainya. Keperluan air di kilang-kilang melebihi penggunaan air di pejabat.

Penggunaan di hospital dan klinik
  Penggunaan air juga penting di hospital dan klinik. Semua peralatan yang terdapat di hospital dan klinik memerlukan air untuk membasuh pelbagai peralatan yang digunakan dalam perubatan. Bahkan air yang lebih bersih diperlukan supaya penyakit tidak mudah berjangkit.
   Selain itu air juga digunakan untuk bilik air, tandas, penghawa dingin dan keperluan kantin hospital. Sekiranya bekalan air tidak mencukupi akan memberi kesan yang tidak mencukupi akan memberi kesan yang tidak baik kepada pesakit.

Penggunaan di hotel dan rumah penginapan
   Hotel dan rumah penginapan menjadi tumpuan para pelancong untuk bermalam. Hotel dan rumah penginapan banyak terdapat di negara ini terutama di kawasan pelancongan atau pusat-pusat bandar.
   Bagi memastikan keselesaan para pelancong, pengusaha hotel dan rumah penginapan harus memastikan bekalan air yang mencukupi. Air diperlukan untuk menyediakan minuman, memasak, mandi, membasuh pakaian dan sebagainya. Oleh kerana hotel dan rumah penginapan adalah satu penginapan yang selesa dan besar, bermakna keperluan air juga turut meningkat. Sekiranya keputusan air akan menjejaskan mutu perkhidmatan hotel tersebut.

Penggunaan di restoran dan pasaraya
  Pasaraya, restoran dan kedai memerlukan lebih banyak bekalan air untuk pelbagai tujuan. Restoran menggunakan air untuk memasak, membasuh dan menyediakan minuman kepada pelanggan
  Begitu juga pasaraya menggunakan air untuk keperluan pelanggan apabila menggunakan tandas, penghawa 

Penggunaan di jalan raya dan bandar
   Selain menjadikan air sebagai keperluan manusia di kawasan petempatan, terdapat juga keperluan di jalan-jalan utama. Hampir seluruh negara kebanyakan jalan raya diletakkan pili bomba sebagai persediaan menghadapi kebakaran. Pili bomba diletakkan di tepi jalan di tengah-tengah bandar.
   Pili bomba hanya digunakan untuk tujuan kebakaran atau keperluan lain. Sekiranya pili bomba berada di tepi jalan, pihak bomba dapat mengambil air dengan lebih pantas sekiranya bekalan air berkurangan. Oleh sebab itu pemasangan di seluruh bandar adalah perlu. Selain itu pili bomba perlu mempunyai tekanan yang tinggi supaya dapat membantu pasukan bomba memadam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan